Saturday, January 8, 2011

Pertemuan dengan Pontianak yang Berkilau (<--Shiny)


  Pada tengah malam satu hari, saya bangun dari tidur kerana dengar sesuatu yang kuat. Saya tidak terdengar bunyi itu lagi, dan ingin tidur semula. Tiba-tiba, saya dengar bunyi barang jatuh ke atas lantai. Saya berasa sangat takut. Tetapi saya tidak ada pilihan, dan pergi menyiasat apa-apa yang telah jadi.


  Saya keluar dari bilik saya dan mengambil badminton raket jika ada perompak. Saya tidak melihat apa-apa, dan pergi ke dapur untuk mengambil makanan kerana lapar. Tetapi sudah ada orang di situ!


  Saya memukul orang itu dengan raket di atas kepalanya. Orang itu menjerit kesakitan dan pandang belakang. Orang itu PONTIANAK! Saya menjerit dengan kuat, dan pontianak tersebut juga menjerit. Lagi saya menjerit, lagi pontianak menjerit. Akhirnya saya menyuruh dia jangan jerit lagi, nanti jiran-jiran saya takut.


  Pontianak itu seorang lelaki. Dia meminta maaf dan memberitahu saya bahawa dia tidak akan makan saya, dia hanya mahu minum air dan datang ke dapur saya kerana dia tidak ada air lagi dan dia tinggal di rumah berhampiran saya. Saya memberi pontianak itu air, dan dia meminum semua air di dalam tiga saat. Selepas minum air, pontianak itu memberitahu saya tentang dirinya.


  Dia cakap pontianak tidak boleh pergi jalan-jalan di bawah terang matahari. Mereka akan mati. Dia juga cakap pontianak akan menjadi berkilau jika berdiri di bawah matahari. Saya cakap, “ohh.”
  Kita bercakap selama beberapa jam. Apabila pontianak tersebut mengucapkan terima kasih dan bercakap selamat malam kerana mahu pulang ke rumahnya, saya bertanya dia untuk namanya.


  Dia cakap namanya Edward Cullen. Saya cakap “HAH!? EDWARD CULLEN DARI TWILIGHT!?” Dia cakap “Ya! Saya sangat terkenal, kan?” Saya cakap “TIDAK. FILEM KAMU CACAT DAN HARRY POTTER LEBIH BAIK! PERGI DARI SINI!” dan saya memukul dia lagi dengan raket saya.


  Itulah pertemuan saya dengan sebuah pontianak yang homo.